MAKLUMAT HERBA

Serbuk Anggur Merah

Anggur mengandungi fitonutrient (polyphenols) dan khasiat kandungan saponin pada anggur sangat bermanfaat untuk menghambat dan mencegah penyerapan kolesterol di dalam darah. Anggur berkhasiat sebagai anti-oksidan, anti-carcinogenic agent, anti-tumor agent dan lain-lain.

Kandungan zat besi dan gula di dalam buah anggur berupaya melancarkan aliran darah, merangsangkan fungsi buah pinggang, menurunkan tekanan darah, migraine, radang sendi dan bermanfaat dalam menyembuhkan bronchitis, batuk, membersihkan darah, meningkatkan kecantikan kulit serta mencegah barah.  Zat lain yang terdapat dalam anggur adalah Flavonoid.  Flavonoid merupakan pecahan fitokimia yang memberikan warna ungu pada buah anggur.  Flavonoid dapat mencegah oksidasi LDL.

Mineral mikro yang banyak terdapat dalam biji anggur terutama anggur merah adalah besi and manganese.  Kedua mineral mikro tersebut terutama amat penting untuk menjaga libido dan kesuburan lelaki.

Maca (Lepidium Meyenii) – Kegunaan lebih 2000 tahun di Peru

Maca adalah tumbuhan akar lobak yang digunakan sebagai makanan dan tujuan perubatan.  Walaupun maca bukan dari jenis ginseng, ia dikenali sebagai ‘Peruvian Ginseng’ kerana kegunaanya untuk meningkatkan stamina, tenaga dan fungsi seksual.  Serbuk maca diekstrak daripada akar maca dan mengandungi vitamin, asid amino, mineral dan fitonutrient.

Serbuk maca berupaya meningkatkan stamina dan tenaga.  Ia juga membantu dalam peningkatan kehidupan seksual dan merawat ketidakupayaan lelaki dengan meningkatkan aktiviti sperma, serta menggalakkan kesuburan bagi kedua-dua seks.

Butea Superba, Raja herba memperbaiki disfungsi erectile!

Butea Superba, juga dikenali sebagai Red Kwao Krua di Thailand adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Papilonaceae.  Butea Superba telah dianggap sebagai alternative herba kepada Viagra tanpa sebarang kesan buruk.  Ia juga merupakan makanan untuk peningkatan daya hidup dan tenaga pada badan.

Akar dan batang tumbuhan Butea Superba digunakan sebagai ubatan untuk tenaga dan daya kuasa.  Akar dan batang tumbuhan Butea Superba juga membantu meningkatkan prestasi kegiatan seksual lelaki.  Demikian, tumbuhan ini dikenali sebagai herba ajaib. Tambahan pula, Butea Superba boleh mengalakkan pengaliran darah dalam organ lelaki dan meningkatkan kekerapan, ketahanan, masa kekuatan seksual lelaki.

Protein Soya

Kacang Soya kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus.  Ia mempunyai kadar lemak yang rendah serta kaya dengan protein, vitamin A, B, C, D dan lecithin.

Diantara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s dimana tindakannya seperti ubat ‘statins’ tetapi tanpa kesan sampingan ubat.

Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan mencegah osteoporosis.  Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mempertingkatkan fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Kandungan asid amino, asid lemak Omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan.  Oligosaccarid dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan mencegah daripada barah kolon.

Ekstrak Stevia

Stevia adalah dari sejenis daun daripada spesis rebaudiana yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di America Selatan dan America Tengah.  Khasiat yang dihasilkan oleh daun stevia boleh menggantikan gula.

Stevia adalah 100% ekstrak semulajadi yang boleh digunakan untuk pesakit kencing manis dalam menurunkan kadar gula dalam darah, menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh virus, mengurangkan keradangan, mengurangkan berat badan serta mengelakkan masalah diabetes.




%d bloggers like this: