Gara-gara ubat kuat, warga emas mati dipelukan pelacur tua

23 01 2011

Seluruh penduduk di Tambak Asri atau lebih dikenali kawasan Kremil digegarkan dengan berita kematian seorang pengunjung ke kawasan tersebut sekitar pukul 09.30 pagi Jumaat(21/1/2011).

Nyo Sie Hoa (68), meninggal dunia di dalam pelukan seorang pelacur di Kremil. Menurut keterangan pelacur yang dilanggani Nyo, bernama Suciwati (50), mangsa datang sekitar pukul 9.00 pagi dan memilihnya sebagai teman.

Tidak lama kemudian, ketika masuk ke dalam bilik dan hendak membuat hubungan intim, Nyo sempat meminta Suci membancuh teh. Namun belum sempat meminum teh buatan Suci, tiba-tiba Nyo sudah tidak bernyawa.

Sementara itu, menurut seorang anggota polis, Kompol Suparto, berkata hingga saat ini belum ditemui punca kematian lelaki yang berasal daripada Benowo. Tapi berdasar pemeriksaan awal, kemungkinan Nyo meninggal dunia adalah akibat mengambil ubat kuat. Perkara ini berdasarkan kesan lebam biru di dada mangsa. “Hasil penyidikan awal dugaan kita kerana ubat kuat, mungkin jantungnya tidak kuat,” katanya di lokasi.

Namun, pihak polis akan meneruskan siasatan lanjut punca kematian mangsa. Peristiwa meninggalnya lelaki hidung belang ini, menjadi tumpuan warga setempat sehingga mengganggu arus lalu lintas.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: